Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita
boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa
boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan
diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui
pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes,
portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar.
Justeru ujian
yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan.
Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan
penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
1.
Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan
bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya.
Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya
punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat
menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya
yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan
motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan
di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat
sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit
pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai
tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan
masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus
digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada
kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam
peperiksaan.
Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu
diberi perhatian oelh guru:
·
menentukan tajuk pengajaran
·
menentukan aspek penguasaan
·
menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
·
membina soalan ujian
·
mencadangkan tindakan susulan
2. Penilaian
Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan
pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada
akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester.
Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari
penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan
pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan
pembelajaran pelajar.
Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar
meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang
diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan
pelajar. penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan
berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.
Bagi memastikan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diambil
semasa menggubal ujian:
·
membentuk jadual penentu ujian
·
membina soalan
·
mengumpul soalan secara sistematik
·
menguji soalan melalui kajian rintis
·
menyiapkan skema pemarkahan
3.
Ujian Kefasihan
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai
sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan
pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan
menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak
berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global
(umum) pada bahasa yang dipelajari murid terbabit.
Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran
yang sesuai dengan kebolehannnya. Ia dinilai dari segi :
·
Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas
·
Intonasi dan nada yang betul.
·
Pemilihan
ungkapan yang betul.
·
Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan
sesuatu maksud dengan jelas.
·
Posisi tubuh yang betul.
·
Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan
berhenti untuk mennyerap perkataan).
4.
Ujian Kemajuan
Ujian Kemajuan
digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Untuk
kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar
telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
·
Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik
darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru
kelas sahaja.
·
Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif
pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan
yang ingin diuji.
·
Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat
mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah
diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
·
Hasil daripada kemajuan membolehkan guru
mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan
darjahnya secara keseluruhan
5.
Ujian Bakat
Ujian jenis ini
adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau
kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
·
Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat
seseorang pelajar dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa
atau secara keseluruhan.
·
Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi
seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan
dipelajari.
·
Ia melibatkan data-data bahasa yang ‘artifical’
yang mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan
kata dan sebagainnya.
·
Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk
membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat
untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
6.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis
ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil
pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan
juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
·
Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana
pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar
kepada mereka.
· Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan
dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
· Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir
kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal
atau semester persekolahan.
· Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan
penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
·
Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan
pelajaran.
#Semoga nota-nota ini mampu membantu kalian dalam pelajaran. Moga terus mencari ilmu dan peroleh redha Ilahi.. Ikhlaskan hati :) Moga Allah redha
#Semoga nota-nota ini mampu membantu kalian dalam pelajaran. Moga terus mencari ilmu dan peroleh redha Ilahi.. Ikhlaskan hati :) Moga Allah redha